Friday, April 15, 2011

Antara menyatukan dan memecahbelah...anda di mana?

assalamualaikum 

dan salam sejahtera kepada semua..lama juga aku tak update blog aku ni..sibuk dengan program-program yang telah ditugaskan kepada aku sebagai Penjawat Awam ni...tapi alhamdulillah..nampaknya semuanya berjalan dengan lancar.

ok..memandangkan sekarang nih kat Sarawak ni sibuk dengan Pilihanraya Umum Negeri Sarawak dan sudah semestinya tak lepas dengan kempen-kempen untuk meraih kemenangan. tapi jangan juga kita lupa wahai kawan-kawan, di waktu ini juga kita dinilai...dengarlah wahai para pemimpin..samada anda semua telah tahu, tidak tahu atau buat-buat tak tahu..banyak mulut rakyat seperti aku nih asyik mengatakan ayat-ayat berikut:

"DAH MUSIM MENGUNDI BARU NAK TURUN

"ALA..WAKTU NI LA NAK JUMPA MUKA-MUKA YANG SEBELUM NIH TAK PERNAH BERTEGUR SAPA PON"

"DIA BUKANNYA KENAL KITA PON..KITA SUSAH BUKAN DIA NAK TOLONG

"BAGUS JUGAK DIA DATANG SENDIRI TENGOK TEMPAT AKU BARU DIA TAU MACAMANA KEHIDUPAN DISINI"..

memang tak dapat dinafikan ada sesetengah pemimpin kita ini hanya dapat kita lihat waktu-waktu macam nih...tapi jangan lupa juga tugas mereka bukan hanya untuk berkempen di waktu pilihanraya...mereka semua mempunyai tugas yang hakiki...jadi tak hairanlah kalau ada yang sekejap timbul dan sekejap tenggelam..bukan tak perihatin..tapi sibuk...kita mana tau apa yang diaorang besar-besar nih buat sepanjang hari..kita tak pernah tahu pon apa lagi tugas-tugas diaorang nih..yang kita tahu yang mana kita nampak saja...jadi tak baik kalau kita memberikan persepsi yang negatif kepada mereka sedangkan kita pun bukannya pernah rapat dengan mereka..bukan kenal benar pun dengan hati budi mereka..jadi kurangkan mengata ye..aku lebih suka kepada petikan ini "GREAT POWER COME TOGETHER  WITH GREAT RESPONSBILITIES" jadi bukan senang nak jadi pemimpin nih sebenarnya kawan-kawan.

satu lagi perkara yang aku dan kita semua sering nampak sewaktu mereka ni berkempen..termasuklah dengan ceramahnya...lawatannya...kunjungannya..programnya...benderanya...sepanduknya...eh macam-macamlah..ada satu benda dalam semua-semua tu yang harus kita berhati-hati...adakah mereka ini BERSIFAT MENYATUKAN atau BERSIFAT MEMECAHBELAHKAN kita...kita tengok dan nilai sendiri, sebenarnya kawan-kawan yang aku sayangi.. POLITIK ini ialah KUASA ...yang membuatkan kita sentiasa dahagakannya...bila kita terlalu taksub dengannya maka kita akan dikawal olehnya...bila kita lalai dengannya kita akan hilang sifat tanggungjawab....bila kita terlalu tamak dengannya maka kita akan buat untuk kepentingan diri sendiri....tiada lagi untuk rakyat..tiada lagi untuk janji yang ditaburkan..tiada lagi segalanya...Kuasa itu bagus tapi ia datang dengan Tanggungjawab......tanggungaajawab untuk menyatukan rakyat...membela rakyat...memakmurkan dan bukan sebaliknya seperti memecahbelahkan..dan segala yang lahir dari hati yang penuh dendam dan busuk....wassalam..
LOVE MALAYSIA
SELAMAT MENGUNDI RAKYAT SARAWAK

Sunday, April 3, 2011

Saiful Syazani Saiful Sopfidee...Al-Fatihah

Bila nafsu kawal diri bukan kita yang kurang berilmu agama dan iman ini sahaja yang akan tewas dengan syaitan...itu la nasib malang yang menimpa arwah adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee 7 tahun yang meninggal dunia akibat dibelasah gurunya..
Wahai guru yang telah menyebabkan kematian..anda sepatutnya dapat berfikir dengan lebih baik dari kami yang tidak bergelar pendidik..nak pulak anda merupakan seorang guru di sekolah agama..dimana letaknya pengetahuan agama anda ketika membelasah anak kecil itu?...gagah sangat kah anda..?...hebatkah anda?...besar sangatkat jumlah wang RM7 berbanding nyawa si kecil itu?..tidak dinafikan aku memang marah dengan sikap guru yang sedemikian..mengambil tindakan sendiri mengikut hawa nafsu..kau bayangkan anak sendiri yang diperlakukan begitu...kau bayangkan adik kecil kau yang diperlakukan begitu...apa perasaan kau?..sudahlah adik Saiful tidak dapat kasih sayang seorang ibu...kau pulak jadikan dia tempat melepas geram...bukan itu caranya..semua orang tahu...bahkan orang yang tak pernah berpeluang belajar di sekolah tinggi macam kau pon tahu bukan itu caranya menangani masalah kanak-kanak di usia kecil ini..
Sesal dahulu pendapatan...sesal sekarang apa yang dapat kau buat?..tak cukupkah dengan kau mengikat adik kecil itu?..tak cukupkah dengan memberi teguran dan amaran kepadanya?..tidakkah kau pernah berbuat silap diwaktu kecil?..aku kecewa dengan guru seperti  kau...nak jugak rasanya aku perlakukan kau seperti kau buat padanya...YA ALLAH...betapa lemahnya hambaMU ini...KAU lindungilah Kau tempatkanlah adik Saiful disamping orang-orang yang terpelihara...