Showing posts with label Aku. Show all posts
Showing posts with label Aku. Show all posts

Friday, April 15, 2011

Antara menyatukan dan memecahbelah...anda di mana?

assalamualaikum 

dan salam sejahtera kepada semua..lama juga aku tak update blog aku ni..sibuk dengan program-program yang telah ditugaskan kepada aku sebagai Penjawat Awam ni...tapi alhamdulillah..nampaknya semuanya berjalan dengan lancar.

ok..memandangkan sekarang nih kat Sarawak ni sibuk dengan Pilihanraya Umum Negeri Sarawak dan sudah semestinya tak lepas dengan kempen-kempen untuk meraih kemenangan. tapi jangan juga kita lupa wahai kawan-kawan, di waktu ini juga kita dinilai...dengarlah wahai para pemimpin..samada anda semua telah tahu, tidak tahu atau buat-buat tak tahu..banyak mulut rakyat seperti aku nih asyik mengatakan ayat-ayat berikut:

"DAH MUSIM MENGUNDI BARU NAK TURUN" 

"ALA..WAKTU NI LA NAK JUMPA MUKA-MUKA YANG SEBELUM NIH TAK PERNAH BERTEGUR SAPA PON"

"DIA BUKANNYA KENAL KITA PON..KITA SUSAH BUKAN DIA NAK TOLONG" 

"BAGUS JUGAK DIA DATANG SENDIRI TENGOK TEMPAT AKU BARU DIA TAU MACAMANA KEHIDUPAN DISINI"..

memang tak dapat dinafikan ada sesetengah pemimpin kita ini hanya dapat kita lihat waktu-waktu macam nih...tapi jangan lupa juga tugas mereka bukan hanya untuk berkempen di waktu pilihanraya...mereka semua mempunyai tugas yang hakiki...jadi tak hairanlah kalau ada yang sekejap timbul dan sekejap tenggelam..bukan tak perihatin..tapi sibuk...kita mana tau apa yang diaorang besar-besar nih buat sepanjang hari..kita tak pernah tahu pon apa lagi tugas-tugas diaorang nih..yang kita tahu yang mana kita nampak saja...jadi tak baik kalau kita memberikan persepsi yang negatif kepada mereka sedangkan kita pun bukannya pernah rapat dengan mereka..bukan kenal benar pun dengan hati budi mereka..jadi kurangkan mengata ye..aku lebih suka kepada petikan ini "GREAT POWER COME TOGETHER  WITH GREAT RESPONSBILITIES" jadi bukan senang nak jadi pemimpin nih sebenarnya kawan-kawan.

satu lagi perkara yang aku dan kita semua sering nampak sewaktu mereka ni berkempen..termasuklah dengan ceramahnya...lawatannya...kunjungannya..programnya...benderanya...sepanduknya...eh macam-macamlah..ada satu benda dalam semua-semua tu yang harus kita berhati-hati...adakah mereka ini BERSIFAT MENYATUKAN atau BERSIFAT MEMECAHBELAHKAN kita...kita tengok dan nilai sendiri, sebenarnya kawan-kawan yang aku sayangi.. POLITIK ini ialah KUASA ...yang membuatkan kita sentiasa dahagakannya...bila kita terlalu taksub dengannya maka kita akan dikawal olehnya...bila kita lalai dengannya kita akan hilang sifat tanggungjawab....bila kita terlalu tamak dengannya maka kita akan buat untuk kepentingan diri sendiri....tiada lagi untuk rakyat..tiada lagi untuk janji yang ditaburkan..tiada lagi segalanya...Kuasa itu bagus tapi ia datang dengan Tanggungjawab......tanggungaajawab untuk menyatukan rakyat...membela rakyat...memakmurkan dan bukan sebaliknya seperti memecahbelahkan..dan segala yang lahir dari hati yang penuh dendam dan busuk....wassalam..
LOVE MALAYSIA
SELAMAT MENGUNDI RAKYAT SARAWAK

Sunday, April 3, 2011

Saiful Syazani Saiful Sopfidee...Al-Fatihah

Bila nafsu kawal diri bukan kita yang kurang berilmu agama dan iman ini sahaja yang akan tewas dengan syaitan...itu la nasib malang yang menimpa arwah adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee 7 tahun yang meninggal dunia akibat dibelasah gurunya..
Wahai guru yang telah menyebabkan kematian..anda sepatutnya dapat berfikir dengan lebih baik dari kami yang tidak bergelar pendidik..nak pulak anda merupakan seorang guru di sekolah agama..dimana letaknya pengetahuan agama anda ketika membelasah anak kecil itu?...gagah sangat kah anda..?...hebatkah anda?...besar sangatkat jumlah wang RM7 berbanding nyawa si kecil itu?..tidak dinafikan aku memang marah dengan sikap guru yang sedemikian..mengambil tindakan sendiri mengikut hawa nafsu..kau bayangkan anak sendiri yang diperlakukan begitu...kau bayangkan adik kecil kau yang diperlakukan begitu...apa perasaan kau?..sudahlah adik Saiful tidak dapat kasih sayang seorang ibu...kau pulak jadikan dia tempat melepas geram...bukan itu caranya..semua orang tahu...bahkan orang yang tak pernah berpeluang belajar di sekolah tinggi macam kau pon tahu bukan itu caranya menangani masalah kanak-kanak di usia kecil ini..
Sesal dahulu pendapatan...sesal sekarang apa yang dapat kau buat?..tak cukupkah dengan kau mengikat adik kecil itu?..tak cukupkah dengan memberi teguran dan amaran kepadanya?..tidakkah kau pernah berbuat silap diwaktu kecil?..aku kecewa dengan guru seperti  kau...nak jugak rasanya aku perlakukan kau seperti kau buat padanya...YA ALLAH...betapa lemahnya hambaMU ini...KAU lindungilah Kau tempatkanlah adik Saiful disamping orang-orang yang terpelihara...

Sunday, March 27, 2011

Selamat Menyambut Hari Lahir Wahai Puteraku....

Alhamdulillah....
25.03.2011..hari ini sudah genap setahun anak lelakiku si Rayyan Danish...rasa lega di hati bila melihat sendiri anak yang disayangi membesar dengan sihat dan sepurna di depan mata..

aku mengambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih kepada semua yang hadir ke majlis ringkas menyambut hari lahir anakku..

biar berpenat berpanas memasak di dapur..sambil isteri tercinta membantu mengmas rumah dan menghias ringkas dengan belon2...biar berkejar mengambil kek dan sate..tetapi bila melihat tetamu yang datang dan meriahkan majlis tu aku dan isteri rasa berbaloi..

walaupun ahli keluarga sampai agak lewat..tapi syukur..kehadiran korang da buat aku rasa lapang dada..hehe..thnx smua..korang telah membuatkan isteri dan anakku gembira...memang tak terbalas pun sebenarnya...hehe...cukup penuh dengan makna...








so...to my son..
jadilah insan yang berguna...bukan sampah masyarakat...agar babah n mama rasa berbaloi membesarkan kamu..


SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR WAHAI ANAKKU 


"RAYYAN DANISH B. HEIKAL FIRDAUS"

Sunday, March 20, 2011

Masakan dapat peroleh sesuatu dengan berpeluk tubuh?..

Assalamualaikum
...dan juga salam sejahtera kepada semua..
hehe..mintak maaf sebab lama tak update..sibuk dengan program 
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat..
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Alhamdulillah sebab semua majlis yang dijalankan itu berjalan dengan lancar..
walaupun berpanas terik walaupun terkejar2..semuanya selamat..Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT. kesian tengok menteri yang disayangi rakyat ini berkejar kedua lokasi yang berlainan kerana ada 2 program pada hari yang sama..terharu juga aku melihat sokongan rakyat yang sanggup menunggu dan tak makan semata2 nak makan bersama beliau..
Kalau dulu ada aku dengar suara2 sumbang mengatakan rakyat di sebelah Borneo ni dipinggirkan, pembangunan pon kurang...tapi bagi orang2 yang sedemikian tak sedar apa yang berlaku disekitarnya...mungkin dia rabun...mungkin dia irihati..mungkin juga dia tak pernah puas dengan apa yang ada...
biasalah manusia..sentiasa nak musnahkan kejayaan dan titik peluh orang lain...
sebab dengki..
wahai orang yang bercakap tanpa usul...
manakan dapat pembangunan dibuat serentak di semua negeri..
tidak nampakkah anda yang mana terdapat pembangunan yang mula naik disekeliling anda..?
walaupun sekecil2nya..
tidak nampakkah yang mana terdapat program2 yang menuju kearah kesenangan dan kesejahteraan rakyat?
..kerajaan tidak pernah memilih kasih walaupon kauorang ni tidak menyokong kerajaan
...tapi sayang mungkin sebab korang ni dah rabun agaknya..
itu yang buat kauorang tak nampak..
ibarat hidung tak mancung pipi yang tersorong2...
belajarlah bersyukur...
kerajaan dari dulu berusaha mengeluarkan rakyat dari kekangan kemiskinan...
cumanya kita tak diminta untuk terus bergantung..kita kena berusaha...
masakan dapat kalau hanya bergantung harap?..
masakan dapat kalau kita hanya berpeluk tubuh...?..
ubahlah sikap...tak guna kalau setiap tahun tanam azam...tapi tak pernah berusaha...kan?..
buanglah sikap malas tu...bukan untuk siapa...untuk diri sendiri...untuk keluarga...dan untuk masa depan negara kita juga....
Tahniah kepada PM dan barisan angkatannya dalam menjana perpaduan rakyat...meningkatkan ekonomi..
Tahniah dan semoga terus berjaya..

Friday, March 11, 2011

UNTUNGNYA BILA HIDUP DI NEGARA YANG BERDAULAT


Alhamdulillah, da masuk 31thn aku hidup di 
negara tercinta ini..negara yang BERDAULAT 
punya sistem beraja yang diteruskan sejak zaman Kesultanan Melayu sampailah ke hari ini..syukur juga bila selama aku hidup ini tiada huru hara yang kritikal daripada golongan yang tak bermoral ini... 




Sampai ada yang sanggup cuba nak jadikan Malaysia ini sebagai sebuah negara republik....golongan ini aku anggap sebagai penderhaka kepada negara...


sanggup bersekongkol dan menyampaikan maklumat sulit negara kepada orang luar...dimana taat setia kepada negara?..dimana hilangnya jati diri sebagai Rakyat Malaysia?...






Tidak malu mengaku sebagai Rakyat Malaysia walhal mereka adalah sebaliknya. Golongan ini curang terhadap kecintaan kepada negara tempat lahirnya....curang kepada Ibu Pertiwi..yang memberikannya asas pendidikan...yang memberikannya tempat tinggal..yang memberikannya peluang untuk hidup sebagai seorang rakyat..


 Sepatutnya kita sebagai rakyat bersyukur kerana mempunyai Raja-Raja & Sultan-Sultan yang mengambil berat akan kepentingan rakyatnya...

kerana Baginda sudi Mencemar Duli dengan turun padang melawat dan melihat sendiri kehidupan rakyat jelata..tapi sayang ramai yang sudah lupa dan tidak menitik beratkan lagi perkara-perkara ini..
sanggup mengabaikan dan menidakkan Perkenan Duli ..masih lagi nak pertikai...apa nak jadi...?.....
sungguh pon kau pemimpin....sungguh pon kau ketua...sungguh pon kau presiden parti...atau apa jua ...tapi siapa juga kau?. 

kau tetap rakyat....
kau tetap pendatang asing yang diberi keistimewaan....
yang sentiasa mahukan lebih....yang tak pernah bersyukur..yang matanya dikaburi kuasa...
yang hatinya dipenuhi sifat tamak...
yang juga lalai..yang juga tidak sempurna seperti aku...



“aku adalah rakyat Malaysia...aku punya Agong...aku punya Sultan dan Raja...dan aku adalah Melayu....agamaku hanya satu iaitu Islam.....kau derhaka kepada salah satu di antaranya..kau akan aku tentang..sekali kau berpaling tadah kepada bumi berdaulat ini kau bagiku adalah penderhaka kau adalah musuh...kerana aku mencintai negaraku...aku sayangkan Raja-rajaku...aku sayangkan Sultan-sultanku dan kau akan aku tentang sehabisnya...”

“Daulat Tuanku”

Monday, March 7, 2011

Players....Face Mask On..Safety Pin Off....10 sec remaining...."NO X-CAPE"


"This is my team....our team.... this is 
No X-Cape Paintball Team & we play Our Style with Our Rules"
 
 10 sec...

 
memories will remain..

 
Taking A Break...



Support...

...HeaD ShOt...
vs
...No Mercy...



Game On..

Defend....


 AttAck...
Gear Up..



 
Get Your Luck..


 Warming Up... 

Waiting...

Half Time.. 
 
 Love Birds..

....Wondering...

 Siblings...