Wednesday, February 23, 2011

Utusan Malaysia Online - Keluarga

Tanggapan salah akan wanita Islam





Lauren Booth
BornSarah Booth
22 July 1967 (age 43)
IslingtonLondonEngland
OccupationJournalist
Spouse(s)Craig Darby
ChildrenAlexandra Booth, Holly Booth
Notable relativesTony Booth (father)
Pamela Smith (mother)
Cherie Booth (half-sister)
Religiousbelief(s)Islam [1][2]


Booth mengakui beliau pernah memandang rendah wanita Islam sebelum memeluk Islam. Bagaimanapun, lawatan ke negara-negara Asia Barat atas kapasiti beliau sebagai aktivis hak asasi manusia, mendedahkan kepada beliau kepada personaliti sebenar seorang wanita Islam.
Mengenang semula lawatan beliau ke Lebanon pada 2007 untuk menemubual seorang pemerintah militia Hezbollah, Booth berkata beliau bersua dengan beberapa orang siswi, yang berhijab penuh, begitu lantang bersuara dan pintar.
"Mereka bukannya wanita yang hidup dalam ketakutan, yang akan dipaksa berkahwin dengan seorang yang tidak diingininya seperti yang digambarkan oleh mereka di Barat.
"Mereka mengiringi saya untuk menemubual seorang sheikh. Saya kagum betapa bebas mereka mencelah semasa beliau berbicara, dengan sekali-sekala mengangkat tangan untuk meminta beliau berhenti sebentar untuk membolehkan mereka menterjemah untuk saya," katanya.
Di UK pula, Booth berasa kagum dengan perbezaan kekuatan wanita Islam berbanding yang bukan Islam.
Rakannya, seorang ibu muda dengan dua orang anak boleh menguruskan keluarga pada waktu siang dan belajar untuk ijazah perubatan pada sebelah malam. Pada hujung minggunya pula beliau masih mampu menjalankan kerja sukarela.
"Berbanding dengan seorang rakan bukan Islam saya dengan hanya seorang anak, tidak mampu meneruskan kerja sambilannya tanpa bersungut, tidak memasak untuk keluarga, apatah lagi melakukan kerja-kerja sukarela," ujar Booth.
Booth percaya tenaga bagi menjaga keluarga dan menjalankan kerja sukarela datangnya daripada solat.
"Saya juga rasa ia hasil daripada kebijaksanaan dan tidak meminum arak," ketawa beliau.

1 comment:

  1. Alhamdulillah..aku tertarik ngan artikel mengenai seorang tokoh besar jugak dari negara Britain yang mmg terkenal sebagai tali barut Yahudi..
    Tokoh yang aku maksudkan juga merupakan adik mantan PM britain..Tony Blair..Mmg Allah Maha Bijaksana Dan Maha Penyayang...kerana telah membuka hatinya supaya memeluk islam...tapi aku sedih jugak bila merenungkan orang kita sendiri yang terumbang ambing dalam agama Islam yang dianutinya sejak lahir...sesungguhnya jauh jugak pemahamannya ttg Islam tercinta ini...Alhamdulillah...semoga Lauren Booth @ Sarah Booth dapat membantu masyarakat dunia mengetahui bahawa Islam bukanlah agama yang Ekstremis dan yang suka pada keganasan...tetapi Islam adalah agama yang Suci dan sebenar2nya agama...bahkan Masyarakat Islamlah yang sedang ditindas di seluruh dunia.."Ya Allah Engkau berikanlah kekuatan kepada Lauren untuk membantu menegakkan keadailan kepada agamamu..InsyaAllah"

    ReplyDelete