Agama tidak popular di UK
Booth berkata, frasa hidup pada Zaman Jahiliah lazim digunakan dalam menggambarkan cara hidup Islam.
Sebaliknya, cara hidup British dan Amerika adalah dianggap sebagai moden dan sesuatu yang didambakan.
Islam dianggap sebagai tidak sesuai dengan nilai-nilai British, yang sebelumnya bersifat Kristian, tetapi kini tidak lagi diamalkan dalam apa-apa cara yang bermakna.
Booth sendiri sebelum ini ialah seorang Yahudi, tetapi berkata beliau dibesarkan tanpa penekanan kepada agama. Beliau mendakwa kebanyakan anak orang kulit putih di Britain tidak mempunyai agama. Ibu bapa akan menandakan anak mereka sebagai Kristian di ruang bancian hanya kerana ia menjadi kebiasaan.
"Yang pastinya, semasa generasi saya membesar, tiada siapa yang memastikan diri mereka ke gereja setiap Ahad. Namun ketika saya kecil saya suka berdoa.
"Semasa berusia tujuh tahun, saya akan merapatkan kedua-dua tangan untuk berinteraksi dengan Tuhan.
"Kami beranggapan bahawa kami lebih kaya dari segi emosi dan psikologi berbanding wanita Islam.
"Tetapi dalam masyarakat kami ini, kebebasan bermakna kebogelan," katanya.
Beliau berkata seorang wanita di Britain merasa berhak untuk mendedahkan tubuhnya sebanyak mana dan pada bila-bila masa yang dikehendakinya.
"Kami juga ditanam dengan perasaan perlu untuk kelihatan cantik di hadapan lelaki pada setiap peringkat usia, sehinggalah zaman pencen. Jika anda tidak berusaha mengghairahkan setiap lelaki yang anda temui dan menarik perhatian mereka secara seksual, anda dianggap tidak menjaga badan.
"Panggilan yang paling teruk ialah jika anda dikatakan seperti mak orang. Peranan sebagai ibu dianggap sebagai jalan mati. Cubalah bayangkan," katanya.
Beliau berkata, sememangnya sesuatu yang menyedihkan apabila seseorang wanita itu dianggap tiada aspirasi selain hanya untuk kelihatan cantik bagi lelaki.
"Ini seolah-olah mengatakan, kalau sudah tidak cantik, tiada lagi yang boleh didambakan selain kematian. Tiada peranan lain dalam masyarakat untuk wanita selain untuk kelihatan seksi dan cantik sahaja.
"Tetapi ingat, ini yang dikatakan kebebasan."
assalamualaikum...
ReplyDeleteUK....ramai gila orang kita nak pegi sana...
tapi sedarkah kita apa akan jadi sekiranya negara kita tidak menitik beratkan agama?...apa akan jadi kepada anak2 kita..adik2 kita...atau kita sendiri?...bayangkan betapa indahnya bila kita dengar dan mengetahui seorang yahudi yg mmg memusuhi Islam itu sendiri telah memeluk Islam dengan perasaan ikhlas dan rendah dirinya bila dia mengetahui ttg Islam itu sendiri...