Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Wednesday, August 3, 2011

A Good Lesson From A Donkey


One day a farmer's donkey fell down into a
well. The animal cried piteously for hours as
the farmer tried to figure out what to do.

Finally, he decided the animal was old, and the
well needed to be covered up anyway;
It just wasn't worth it to retrieve the donkey.

He invited all his neighbours to come over and
help him. They all grabbed a shovel and began
to shovel dirt into the well. At first the
Donkey realized what was happening and cried
horribly. Then, to everyone's amazement he
quieted down.

A few shovel loads later, the farmer finally
looked down the well. He was astonished at what
he saw. With each shovel of dirt that hit his
back, the donkey was doing something amazing.
He would shake it off and take a step up.

As the farmer's neighbours continued to shovel
dirt on top of the animal, he would shake it
off and take a step up.

Pretty soon, everyone was amazed as the donkey
stepped up over the edge of the well and
happily trotted off!

Life is going to shovel dirt on you, all kinds
of dirt. The trick to getting out of the well
is to shake it off and take a step up. Each of
our troubles is a stepping stone. We can get out
of the deepest wells just by not stopping,
Never giving up! Shake it off and take a step up.

Remember the five simple rules to be happy:


Free your heart from hatred - Forgive.

Free your mind from worries - Most never happen.

Live simply and appreciate what you have.

Give more.

Expect less.


NOW .............


Enough of that c..p
. . The donkey later came back,
And bit the farmer who had tried to bury him.
The gash from the bite got infected and the farmer eventually died in agony from septic shock.



MORAL FROM TODAY'S LESSON:


When you do something wrong, and try to cover
your ass, it always comes back to bite you.

You have two choices...smile and close this
page, or pass this along to someone else to
spread the fun. 

Wednesday, March 23, 2011

Peristiwa 13 Mei


Note:
Buku Biografi Politik Tuanku Abdul Rahman tulisan Ramlah Adam juga mendapat sumber dari Public record Office, Kew Garden, England pada tahun 1996. Pada pendapat saya kajian Ramlah Adam tidak bius dan tidak ada motif tersembunyi.
sila rujuk mukasurat 408- 423 pp

Menurut Ramlah Adam sebab terjadi peristiwa 13 Mei 1969 adalah disebabkan oleh Tunku Abdul Rahman tidak dapat menyelesaikan soal perkauman di Malaysia. Ini adalah berpunca daripada konsep " Malaysian Malaysia” yang menjadi pegangan parti pembangkang bukan melayu. Bekas setiausaha akhbar Lee Kuan Yew dan satu-satu ahli PAP di Dewan Rakyat adalah Lim Kit Siang telah menubuhkan parti DAP (Democaratic Action Party) pada tahun 1966.



Sebab kedua adalah soal-soal yang bersifat perkauman terus menjadi modal parti pembangkang. Soalan ini telah di timbulkan oleh parti pembangkang sejak tahun 1955 sebagai modal meraih undi. Perkara yang menjadi pegangan Lee kuan Yew melalui kata-kata beliau;
According to history, Malay began to migrate to Malaysia in noticeable number only about 700 years ago. Of the 39 persent of Malays in Malaysia today, about one third of them are comparatively new immigrants like the secretary-general of UMNO Dato’ Syed Jafar Albar, who came to to Malaya from Indonesia before war at the age of more than thirty. Therefore its is wrong and illogical for particular group to think that they are more justified to be called Malaysians.”
Kata-kata ini yang menjadi modal kepada mereka termasuk Tan Cheng Lock sejak tahun 1930 an lagi. Mereka dapat mempertikaikan hak keistimewaan Melayu kerana pada masa itu jumlah orang melayu berjumlah 39 peratus sahaja. Nampak mudah untuk dikalahkan.
Empat parti bukan melayu terbesar iaitu DAP, PPP, Parti Buruh Malaya dan Gerakan Rakyat Malaysia, kempen mereka dipenuhi dengan isu untuk menegakkan perinsip sama rata dalam perlembagaan. Mereka mempersoalkan kedudukan istimewa orang melayu, tanah simpanan orang melayu, dasar bahasa kebangsaan dan sekolah kebangsaan.Jelas mereka mendokong dasar “Malaysian Malaysia”.
Pada 29 Julai 1967, DAP telah mengeluarkan “ Setapak Declaration” dan mereka berikrar untuk menuntut
“The ideal of free, democratic and socialist Malaysia, based on the principles of racial equality and social and economic juctice and founded on institutions of parliamentary democracy”
dipetik oleh Ramlah Adam dalam Democartic Action Party,1969, Dap General Elactions Manifesto, Out Triple objektif Toward a Malaysian Malaysia.
Salah satu sebab lain yang menyumbang kepada peristiwa 13 mei adalah Pilihan raya 10 Mei 1969. Secara teknikal Parti pembangkang DAP dan Gerakan telah menang. Pada 11 dan 12 Mei 1969 mereka telah meraikan kemenangan dengan berarak di Kuala Lumpur tanpa kebenaran pihak berkuasa. Mereka berarak ke rumah menteri besar Dato Harun Idris menyuruh dia meletak jawatan sebagai Menteri Besar. Menurut rujukan oleh Ramlah Adam kata-kata yang menghina orang melayu seperti Melayu sudah jatuh, Kuala Lumpur sekarang cina punya, ini negeri bukan melayu punya, kita mahu halau semua melayu.
Kata-kata menghina telah menyebabkan orang melayu berkumpul di rumah Dato’Harun Idris pada petang 13 Mei 1969. Perarakan telah dimulakan gabungan beratus-ratus orang melayu. Sokongan ini dibuat kerana mereka percaya bidang kuasa dan kedudukan politik orang melayu telah dicabar oleh orang cina.
Banyak risalah dengan ideology komunis dan Moisme telah di rampas dan dijumpai disebarkan kepada pelampau cina . Ada juga pengkaji sejarah yang menyalahkan orang Melayu. Ramlah Adam menyatakan sangat sukar ditafsirkan siapa yang salah dan siapa yang benar. Orang Melayu telah diprovok sehingga menaikkan kemarahan mereka. Mereka tidak dapat dikawal. Keadaan menjadi bertambah rumit kerana ada unsur kongsi gelap dan anasir komunis yang mengambil kesempatan daripada ketegangan kaum itu.
Ramlah ada menyimpulkan persoalan politik tidak dapat dibereskan sebelum merdeka atau kegagalan kerajaan mengatasi masalah perpaduan rakyat dan membina Negara bangsa Malaysia.

Monday, March 21, 2011

Apa yang pernah berlaku di Singapura?....


Rusuhan Kaum 1964

Berlaku di Singapura. Ketika itu, perayaan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad telah diadakan di seluruh Malaysia. Di kebanyakan bandar, ia disambut secara besar-besaran. Pelbagai unit tenterapolisbomba dan bekas kakitangan kerajaan, contohnya, turut serta di dalam perayaan itu di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Di Singapura, 212 organisasi Islam menyertai perhimpunan tersebut. Sehingga pukul 1 petang pada 21 Julai 1964, seramai 25 ribu umat Islam berkumpul di Padang. Pada pukul 2 petang, Yang di-Pertuan Negara, ketua kerajaan negeri, memberikan ucapan rasmi. Umat Islam digesa supaya mematuhi ajaran Islam dan 'bersabar, tabah dan rajin berusaha'. Pada jam 3.30 petang, orang ramai sepatutnya berarak dari Padang ke St. Andrews Road, Beach Road, Arab Street, Victoria Street, Kallang Road, dan akhirnya ke Lorong 12, Geylang.
Ketika perarakan itu, di kawasan Kallang, seseorang telah membaling botol ke arah perarakan. Suasana bertukar menjadi tegang. Apabila seorang polis FRU meminta mereka yang berarak supaya menggunakan laluan berdekatan dengan kawasan kerja petrol Kallang sekitar pukul 5 petang, ia telah diserang. Dalam sekelip mata suasana menjadi kacau-bilau. Pada pukul 6.00 petang, perbuatan jenayah membakar bangunan-bangunan berlaku di kawasan Geylang di antaraKallang dan Geylang Serai, dan kereta-kereta diterbalikkan. Pada jam 6.30 petang, pertelingkahan dilaporkan berlaku di Chinatown dan Tanjung Pagar. Pada pukul 6.45 petang, beberapa pertentangan lagi dilaporkan berlaku di Arab Street dan persimpangan North Bridge Road. Seramai 50 orang cedera, dan kebanyakannya dengan kecederaan di kepala, dirawat di Hospital Besar Singapura pada 8.30 malam. Keadaan kacau-bilau berlaku dengan begitu dahsyat sehingga banyak panggung wayang yang mengumumkan pembatalan tayangan filem sesi 9.30 malam. Pada hari pertama rusuhan itu, 4 orang terbunuh dan 178 lagi mengalami kecederaan.
Kekacauan itu turut merebak ke kawasan-kawasan lain di Singapura pada beberapa hari berikutnya. 2 lelaki diserang di kawasan Upper Serangoon jam 9.15 malam pada 22 Julai. Keluarga-keluarga Melayu yang tinggal di Queenstown meninggalkan rumah mereka kerana bimbang dengan keselamatan mereka. Perintah berkurung dari waktu senja sehingga ke waktu subuh dikenakan untuk seluruh pulau itu bagi mengawal kacau-bilau pada 23 Julai, dan hanya ditarik semula sepenuhnya pada 2 Ogos, selepas 11 hari. Seramai 45 orang yang melanggar perintah berkurung tersebut telah dipenjarakan. Dengan keadaan yang tidak stabil itu, harga-harga makanan dan bekalan keperluan naik dengan mendadak di dalam tempoh tersebut. Semua kerja terpaksa diberhentikan untuk selama 3 hari. Yang lebih penting lagi, ketakutan telah merebak. Secara keseluruhannya, 23 orang telah terbunuh dan 460 orang lagi cedera

Peristiwa Kalabakan, Tawau, Sabah


"Darurat 29.12.1963"

[2] Satu peristiwa yang tidak mungkin dapat dilupakan, sekaligus menjadi satu titik hitam dalam lipatan sejarah RAMD ialah Peristiwa Kalabakan. Dalam tragedi berdarah ini, seorang pegawai dan tujuh anggota Batallion ke-3 RAMD terkoban, manakala 18 orang anggota lagi tercedera. Peristiwa berdarah ini berlaku pada tanggal 29 Disember 1963. Tempat berlakunya tragedi berdarah yang menimpa Batallion ke-3 RAMD itu terletak tidak jauh dari tebing Sungai Kalabakan. Lokasinya kira-kira 30 batu ke utara Tawau dan 12 batu ke utara sempadan Kalimantan, Indonesia. Di situ terletak dua penempatan kecil Pasukan Keselamatan Malaysia yang terdiri daripada satu penempatan Pasukan Polis Hutan dan sebuah lagi penempatan tentera terletak di suatu lereng bukit.
Kedua-dua penempatan dipisahkan dalam jarak lebih 400 ela sahaja. Pos Polis yang dipagari dengan dawai berduri mempunuyai kekuatan 15 orang anggota, manakala penempatan pasukan tentera tidak pula berpagar. Anggota Platun 1 Kompeni A dan kemudiannya disertai oleh seksyen dari Platun 10 Kompeni C ditempatkan di situ. Kawasan perkhemahan ini terletak suatu kawasan lereng tanpa sistem keselamatan serta pertahanan yang lengkap. Ini berlaku kerana ketiadaaan bekalan peralatan walaupun usaha mendapatkannya telah berulangkali dilakukan.
Menurut laporan, seramai 130 orang tentera Indonesia daripada pelbagai pasukan bergerak dari Kalimantan menyusup ke kawasan Malaysia pada pertengahan Disember 1963. Pasukan ini singgah di Serudong dalam perjalanan menuju ke Selimpopon dengan melewati Tarakan untuk ke kem balak Teck Guan dekat Kalabakan. Mereka bermalam di situ pada 28 Disember. Mejar Zainol Abidin bersama dua seksyen dari Kompeni C digerakkan ke penempatan Platun 1 Kompeni A di Kalabakan pada 29 Disember bagi memperkuatkan subunit berkenaan. Tiga buah kubu, setiap satu untuk tiga orang, dibina untuk tujuan pertahanan, Kubu berkenaan terletak di kiri dan kanan serta di Sebelah kanan belakang rumah atap dan digunakan untuk menenmpatkan senjata RISLB. Rumah berkenaan diberikan oleh Mr. Ress Pengurus Bombay Burma Timber Company Limited.
Leftenan Kolonel (Bersara) Raja Shaharudin menyatakan, beliau ada menerima maklumat yang menyatakan satu kumpulan tentera Indonesia sedang bergerak dari Kalimantan menyusup masuk ke kawasan Malaysia. Mereka dilaporkan telah merampas barang-barang dr sebuah kedai kepunyaan seorang peniaga Cina di kawasan Serudong Laut. Mereka dikatakan sedang bergerak ke arah kawasan Kalabakan.
Tidak lama selepas itu satu tembakan kedengaran memecah keheningan malam dan kemudiannya diikuti pula oleh tembakan yang bertubi-tubi. Ketika saya dan sebilangan anggota keluar dari rumah untuk 'stand to', anggota TNI telah pun mula melepasakn tembakan dan melemaprkan bom tangan ke kedudukan kami, cerita Lettenan Kolonel (bersara) Raja Shaharudin. Semua anggota bertempiaran keluar dari rumah mencari perlindungan. Sarjan Abdul Aziz berjaya menerjunkan diri ke dalam kubu dan berada bersama ketua platun serta dua anggota lagi. Kami membalas tembakan dan turut melontarkan bom tangan ke arah anggota TNI, saya kemudiannya memerintahkan anggota agar mengambil perlindungan dan tidak melepaskan tembakan kecuali mereka melihat anggota TNI.
Tembak-menembak berhenti kira-kira pukul 11.00 malam, terang Leftenan Kolonel (Bersara) Raja Shaharudin. Mr. Ress, besama seorang lalaki datang menemui Leftenan Muda Raja Shaharudin sejurus selepas pertempuran berhenti. Pada lebih kurang pukul 3.30 pagi 30 Disember 1963 satu platun bantuan yang diketuai oleh Leftenan Muda Wan Nordin bnin Wan Mohammad (12176) sampai ke lokasi platun di Kalabakan. Anggotanya diarah mengumpulkan anggota yang terkorban dan tercedera sambil memberikan rawatan sekadar terdaya. Apabila matahari pagi 30 Disember 1963 mula menampakkan sinarnya, anggota mula melakukan penggeledahan kawasan secara terperinci bagi mengumpul mayat dan anggota yang tercedera untuk dimaklumkan kepada markas batalion. Lapan anggota termasuk ketua kompeni disahkan terkorban, manakala 18 anggota lagi tercedera.

Wednesday, March 2, 2011

SEDARKAH KITA?..


Tanda-tanda berkurangnya iman supaya kita lebih bersungguh menjaga iman sebagaimana Nabi S.A.W dan sahabat antaranya ialah: 

1. Terus menerus melakukan dosa dan tidak berasa bersalah. 

2. Berhati keras dan tidak berminat untuk membaca al-Quran. 

3. Lambat melakukan kebaikan, seperti terlambat untuk melakukan solat. 

4. Meninggalkan sunnah, sunat dan wajib 

5. Memiliki suasana hati yang gelisah seperti bosan dalam kebaikan. 

6. Tidak berasakan apapun ketika mendengarkan ayat al-Quran dibacakan seperti ketika Allah mengingatkan tentang hukuman dan janji-Nya tentang khabar baik dan akibat berbuat jahat. 

7. Berat dalam mengingat Allah. 

8. Tidak berasa risau ketika keadaan berjalan bertentangan dengan syari'ah. 

9. Terlalu bersemangat dengan kedudukan dan bimbang kehilangan jawatan. 

10. Kedekut dan bakhil, tidak mahu membahagikan rezeki yang dikurniakan Allah. 

11. Memerintahkan orang lain untuk berbuat kebaikan sementara dirinya sendiri tidak melakukannya. 

12. Berasa senang di atas kegagalan orang lain 

13. Hanya memperhatikan yang halal dan haram, dan tidak menghindari yang makruh. 

14. Mempermainkan orang yang berbuat kebaikan kecil. 

15. Tidak mahu memperhatikan keadaan dan musibah yang ditanggung kaum muslimin. 

16. Tidak berasa bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu demi kemajuan Islam. 

17. Tidak mampu menerima musibah yang menimpanya malah menyalahkan takdir, hanya boleh terima takdir baik sahaja. 

18. Suka membantah, hanya untuk berbantah-bantahan, tanpa memiliki bukti. 

19. Hanya bersemangat untuk pekerjaan duniawi sebaliknya tidak bersemangat perkara ukhrawi. 

20. Berasa bangga dengan kebaikan sendiri, sombong dan bongkak dengan kedudukan, malah banyak lagi. 

Sunday, February 27, 2011

BERITA HARIAN / Generasi lama, baru perlu cari titik persamaan perkasa Melayu

2011/02/28

Bangsa bermaruah mesti kukuhkan hak diperuntuk dalam Perlembagaan

UNGKAPAN  ‘takkan Melayu hilang di dunia’ mungkin tidak lagi bermakna satu masa nanti, sekiranya generasi baru bangsa majoriti bumi bertuah ini enggan meneruskan perjuangan mempertahankan hak yang selama ini dipelihara kemas Perlembagaan Persekutuan. 

Beberapa pemimpin veteran meluahkan kebimbangan terhadap kemunculan golongan yang melabel diri sebagai ‘Melayu liberal’ kerana majoriti kumpulan ini berasa bangsa Melayu tidak lagi perlu diberi sebarang merit atau perlindungan, dan perlu bersaing di pentas sama rata dengan bangsa lain.
Sukar untuk menyangkal pendapat kedua-dua golongan ini.
Generasi sebelum atau selepas merdeka yang turut terbabit secara langsung dalam proses pembangunan negara, sudah pasti bimbang dengan trend pemikiran generasi baru, yang lahir dan terus mengecap kemewahan pembangunan tanpa perlu bersusah payah. 

Manakala, generasi XY yang dilahirkan dalam suasana Malaysia serba mewah dan makmur, juga sudah pasti tidak faham mengapa perjuangan untuk bangsa perlu diteruskan, sedangkan semakin ramai mampu bersaing, malah bertindak lebih cemerlang daripada bangsa lain. 

Dilema kedua-dua kumpulan ini harus difahami dan ditangani dengan serius kerana pertembungan pendapat perlu mencapai satu titik persamaan bagi memastikan ungkapan Laksamana Hang Tuah ‘takkan Melayu hilang di dunia’ akan terus kekal selama-lamanya. 

Kumpulan yang perlu dibimbangi ialah golongan minoriti Melayu baru, yang menganggap diri mereka tidak memerlukan lagi tongkat dan bantuan untuk duduk sama rendah serta berdiri sama tinggi dengan bangsa lain. 
Simposium Dilema Melayu baru-baru ini menyerlahkan pertembungan idea antara generasi lama dan baru ini, tetapi isu yang dibincang masih membabitkan soal perjuangan lama seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan kuota 30 peratus Bumiputera, isu pendidikan negara dan pertikaian hak yang telah termaktub dalam Perlembagaan. 

Isu kemunculan semakin ramai Melayu liberal juga dibincang dengan serius kerana keghairahan mereka menegur pelbagai dasar dan keputusan membabitkan kepentingan bangsa Melayu, tanpa menimbang impak yang mungkin berlaku. 

Golongan veteran yang hadir sebagai panel penceramah hanya mampu tersenyum melihat keghairahan bekas dan mahasiswa Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) bertanya soalan terutama membabitkan kuota 30 peratus Bumiputera yang tidak mencerminkan kedudukan majoriti bangsa Melayu, mengapa ‘kita’ terlalu berlembut dengan bangsa lain, dan mengapa bangsa Melayu terus berpecah. 

Bagaimanapun, kedua-dua kumpulan berbeza peringkat umur ini bersetuju atas satu perkara iaitu sudah tiba masa untuk bangsa Melayu tidak mengira puak, parti atau ideologi politik bersatu sebagai satu bangsa bermaruah dan mengukuhkan kedudukan sesuai dengan hak yang diperuntukkan Perlembagaan. 

Ramai bersetuju dengan Pengerusi Eksekutif Media Prima, Datuk Johan Jaafar, yang menegaskan bangsa Melayu telah memasuki abad ke-21, ia tidak lagi mampu untuk terus merintih dan meletakkan diri dalam pelbagai dilema. Sebaliknya, bangsa yang pernah dijajah Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun ini perlu memperkasakan diri dan menetapkan hala tuju masa hadapan yang lebih konkrit. 

Bangsa Melayu kita tidak kurang kehebatannya daripada bangsa lain, tetapi ramai antara kita ketepikannya. Sebaliknya ramai berasa bimbang, risau dan menganggap kita sentiasa menghadapi suasana yang cukup gawat. 

“Hakikat paling penting di sini ialah kita bukan lemah, tetapi gagal mengartikulasikan diri kita dan mewujudkan kekuatan sebenarnya yang seharusnya wujud di dalam diri setiap bangsa Melayu,” kata tokoh media ini. 

Pemimpin veteran UMNO, Tan Sri Sanusi Junid pula meminta golongan muda tidak ‘tergila-gila’ marahkan kegagalan mencapai kuota 30 peratus yang ditetapkan DEB, kerana ia hanya angka. 

“Kita sebenarnya perlu melihat kepada angka lebih besar, 40 atau 50 peratus, kerana bangsa Melayu adalah penduduk majoriti tetapi kerana hanya melihat di permukaan maka kita sering terkeliru. 

“Contohnya, angka 2020 yang diilhamkan Tun Dr Mahathir Mohamad asalnya bermakna ‘perfect vision’ (penglihatan sempurna) tetapi yang menterjemahkannya bercakap mengenai tahun, akhirnya kita hanya akan menjadi negara maju menjelang 2020,” katanya. 

Tan Sri Isa Samad yang dikritik Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Banking, Datuk Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, atas pelantikannya sebagai Pengerusi Felda yang didakwa memberi isyarat tidak sihat kepada pelaburan negara, tidak dapat menahan diri daripada menegur beberapa pegawai GLC yang memandang remeh perjuangan bangsa Melayu. 

Kini sudah wujud orang Melayu yang tidak sedar atau menolak (hakikat) bahawa mereka orang Melayu. Jika kumpulan ini dibiarkan tanpa ditegur, Melayu mungkin tidak hilang di dunia tapi Melayu ‘jenis’ apa yang akan wujud nanti. 

Apabila Melayu lemah atau Melayu diperkudakan oleh orang lain, maka orang Melayu akan kehilangan hak dan kedudukannya,” kata Isa. 

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali pula menegaskan, bangsa lain semakin kuat dan lantang kerana mereka sentiasa mencari jalan untuk memastikan hak mereka sebagai bangsa Malaysia tidak diperlekehkan. 

“Sudah tiba masa bangsa Melayu sebagai pribumi mengambil tindakan yang sama. Jangan mendabik dada dengan kedudukan majoriti pada lebih 60 peratus kerana peratusan bangsa lain juga semakin bertambah dengan serius. 

Jangan lagi percaya kepada kata-kata Hang Tuah - ‘Takkan hilang Melayu di dunia’ kerana jika Melayu tiada jati diri dan nilai hidup yang baik, orang Melayu akhirnya akan lenyap,” katanya.