Note:
Buku Biografi Politik Tuanku Abdul Rahman tulisan Ramlah Adam juga mendapat sumber dari Public record Office, Kew Garden, England pada tahun 1996. Pada pendapat saya kajian Ramlah Adam tidak bius dan tidak ada motif tersembunyi.
sila rujuk mukasurat 408- 423 pp
Menurut Ramlah Adam sebab terjadi peristiwa 13 Mei 1969 adalah disebabkan oleh Tunku Abdul Rahman tidak dapat menyelesaikan soal perkauman di Malaysia . Ini adalah berpunca daripada konsep " Malaysian Malaysia” yang menjadi pegangan parti pembangkang bukan melayu. Bekas setiausaha akhbar Lee Kuan Yew dan satu-satu ahli PAP di Dewan Rakyat adalah Lim Kit Siang telah menubuhkan parti DAP (Democaratic Action Party) pada tahun 1966.
Sebab kedua adalah soal-soal yang bersifat perkauman terus menjadi modal parti pembangkang. Soalan ini telah di timbulkan oleh parti pembangkang sejak tahun 1955 sebagai modal meraih undi. Perkara yang menjadi pegangan Lee kuan Yew melalui kata-kata beliau;
“According to history, Malay began to migrate to Malaysia in noticeable number only about 700 years ago. Of the 39 persent of Malays in Malaysia today, about one third of them are comparatively new immigrants like the secretary-general of UMNO Dato’ Syed Jafar Albar, who came to to Malaya from Indonesia before war at the age of more than thirty. Therefore its is wrong and illogical for particular group to think that they are more justified to be called Malaysians.”
Kata-kata ini yang menjadi modal kepada mereka termasuk Tan Cheng Lock sejak tahun 1930 an lagi. Mereka dapat mempertikaikan hak keistimewaan Melayu kerana pada masa itu jumlah orang melayu berjumlah 39 peratus sahaja. Nampak mudah untuk dikalahkan.
Empat parti bukan melayu terbesar iaitu DAP, PPP, Parti Buruh Malaya dan Gerakan Rakyat Malaysia , kempen mereka dipenuhi dengan isu untuk menegakkan perinsip sama rata dalam perlembagaan. Mereka mempersoalkan kedudukan istimewa orang melayu, tanah simpanan orang melayu, dasar bahasa kebangsaan dan sekolah kebangsaan.Jelas mereka mendokong dasar “Malaysian Malaysia”.
Pada 29 Julai 1967, DAP telah mengeluarkan “ Setapak Declaration” dan mereka berikrar untuk menuntut
“The ideal of free, democratic and socialist Malaysia , based on the principles of racial equality and social and economic juctice and founded on institutions of parliamentary democracy”
dipetik oleh Ramlah Adam dalam Democartic Action Party,1969, Dap General Elactions Manifesto, Out Triple objektif Toward a Malaysian Malaysia.
Salah satu sebab lain yang menyumbang kepada peristiwa 13 mei adalah Pilihan raya 10 Mei 1969. Secara teknikal Parti pembangkang DAP dan Gerakan telah menang. Pada 11 dan 12 Mei 1969 mereka telah meraikan kemenangan dengan berarak di Kuala Lumpur tanpa kebenaran pihak berkuasa. Mereka berarak ke rumah menteri besar Dato Harun Idris menyuruh dia meletak jawatan sebagai Menteri Besar. Menurut rujukan oleh Ramlah Adam kata-kata yang menghina orang melayu seperti Melayu sudah jatuh, Kuala Lumpur sekarang cina punya, ini negeri bukan melayu punya, kita mahu halau semua melayu.
Kata-kata menghina telah menyebabkan orang melayu berkumpul di rumah Dato’Harun Idris pada petang 13 Mei 1969. Perarakan telah dimulakan gabungan beratus-ratus orang melayu. Sokongan ini dibuat kerana mereka percaya bidang kuasa dan kedudukan politik orang melayu telah dicabar oleh orang cina.
Banyak risalah dengan ideology komunis dan Moisme telah di rampas dan dijumpai disebarkan kepada pelampau cina . Ada juga pengkaji sejarah yang menyalahkan orang Melayu. Ramlah Adam menyatakan sangat sukar ditafsirkan siapa yang salah dan siapa yang benar. Orang Melayu telah diprovok sehingga menaikkan kemarahan mereka. Mereka tidak dapat dikawal. Keadaan menjadi bertambah rumit kerana ada unsur kongsi gelap dan anasir komunis yang mengambil kesempatan daripada ketegangan kaum itu.
Ramlah ada menyimpulkan persoalan politik tidak dapat dibereskan sebelum merdeka atau kegagalan kerajaan mengatasi masalah perpaduan rakyat dan membina Negara bangsa Malaysia.
orang berbudi kenalah kita berbahasa...
ReplyDelete