Wednesday, February 23, 2011

Utusan Malaysia Online - Keluarga

Bogel satu kebebasan di UK

Lauren booth merupakan aktivis yang memperjuangkan nasib rakyat palestin.


SERATUS ribu orang di United Kingdom telah memeluk Islam dalam sedekad yang lepas, kata wartawan penyiaran, Lauren Booth.
Bagaimanapun reaksi media di Britain mengenai pendedahan ini dan perkara lain berkaitan dengan Islam adalah dramatik dan negatif. Sehinggakan The Independent - akhbar Britain yang terkenal dengan pendekatan neutral - sanggup melabel penyebaran Islam sebagai 'PengIslaman Britain'.
Panggilan ini tentu sahaja mampu menimbulkan kegusaran banyak pihak yang selama ini menganggap Islam satu agama yang ekstremis.
"Ingat", kata Booth, "ini bukan risalah perkauman yang diedarkan oleh masyarakat di pinggiran, ini akhbar utama yang sangat disegani.
"Ia membuatkan anda terfikir bahawa memeluk Islam bukan sesuatu tindakan yang popular," katanya tergelak, merujuk kepada fitnah yang dilemparkan oleh media British terhadapnya sejak memeluk Islam tahun lepas.
Satu petikan dari The Independent mendedahkan bagaimana negatifnya pandangan rakyat British terhadap tindakan beliau memeluk Islam dengan mengajukan soalan ini kepada Booth: "Wanita jenis apa yang sanggup memeluk agama yang menganjur penyeksaan, penindasan dan pembunuhan beribu-ribu orang Kristian, homoseksual dan wanita yang berfikiran bebas di seluruh dunia?" "Ini langsung tidak masuk akal," kata Booth kepada hampir 300 hadirin semasa syarahan umum di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, baru-baru ini. "Tiada langsung pemikiran kritikal yang digunakan apabila bercakap tentang Islam. Tiada seorang pun yang bertanyakan soalan-soalan kerohanian seperti "Bagaimanakah sifat Allah?" "Apa yang anda tahu tentang Nabi (Muhammad)?" "Apakah maknanya jika kita sembahyang lima kali sehari?" "Adakah Islam spiritual? Saya teringin betul ditanya soalan-soalan sebegini.
"Sebaliknya, selepas saya habis sesuatu temubual di Britain, soalan yang biasa diajukan adalah "Adakah tudung yang anda pakai itu ketat?" atau "Tak rindu ke nak pergi pub?"

1 comment:

  1. bermaruahkah negara yang seolah menggalakkan rakyatnya bertelanjang?....apa patutkah kita biar anak perempuan..isteri...emak...kakak...adik..kita melakukan perkara yang sama?...namun sedar atau tidak perkara tersebut sedang berlaku perlahan2 sekarang nih..pakai seluar tapi nampak lurah belakang.....pakai baju..tapi kolar sampai menunjukkan nenen....pakai tudung tapi seluar dan baju ketat...sanggup beli baju mahal yang terdedah dari beli baju murah yang menutup aurat....Qiamat da dekat...dan kita semua sebenarnya bersubahat....percaya atau tidak...?...percayalah....

    ReplyDelete