Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (Teuku Iskandar 1970) memberikan makna silat ialah sejenis permainan dengan menggunakan ketangkasan dan mempertahankan diri, maksudnya ialah sejenis permainan atau sukan tradisi
yang mempertarungkan dua orang pesilat yang mahir dalam ilmu bela diri samada menggunakan senjata atau tanpa senjata. Permainan tersebut untuk tujuan persembahan ataupun memilih pesilat yang terbaik. maka permainan silat atau sukan tradisi rakyat memerlukan kemahiran dan ketangkasan fizikal dan mental. Permainan ini diadakan di masa singgang, bertamat silat, majlis rasmi, nikah kawin atau kenduri kendara makan pulut yang diiringi dengan gendang bersilat. Permainan silat ini kerap dihubungkan dengan nama Silat Pulut atau Gayung Pulut kerana setiap pemain akan diberi cenderahati iaitu bunga telur yang disertakan sekepal pulut. Maknanya antara lain perkataan silat lebih dikenali dalam sosio budaya Melayu sebagai permainan tradisi rakyat, iaitu permainan yang dapat mengekalkan ilmu kepahlawanan atau seni perang Melayu dalam bentuk seni rakyat. Maka persembahan permainan silat atau pertandingan silat kerap diiringi paluan pergendangan silat yang kini dikenali sebagai Muzik Silat Baku Malaysia.
Makna silat sebagai seni persembahan atau Silat Pulut adalah mengikut tafsiran, kefahaman atau pemerhatian secara umum penyusun kamus tahun70an yang silat kerap dilihat sebagai seni persembahan atau satu permainan. Pengertian silat tidak menyentuh secara khusus sebagai perkhidmatan pendidikan silat atau satu permainan. Pengertian silat tidak menyentuh secara khusus sebagai perkhidmatan pendidikan silat atau sebagai ilmu kepahlawanan atau seni perang melayu yang hubungannya dalam isntitusi pertahanan negara. lagipun ketika itu silat telah lama terpinggir dari istana. Silat tidak mempunyai ruang dan kesempatan berkembang maju dalam kemajuan pertahahan sejajar dengan perkembangan negara lain di dunia. Penjajah barat seperti Inggeris misalnya telah memperkenalkan sistem pertahanan barat dengan menubuhkan mata-mata (polis) dan askar sepoi bagi menangani keselamatan negara yang ketika itu mendapat tentangan daripada bekas-bekas pejuang Melayu. dari itu, guru-guru silat amat berhati-hati menampilkan silat dalam masyarakat kerana penjajah mempunyai penafsiran dan pengalaman dalam perang menghadapi pahlawan silat Melayu.
Tidak pula melihat silat sebagai satu institusi pendidikan kepahlawanan Melayu dalam menyumbang kepada pembentukan sosio budaya melalui perndidikan silat tradisi gelanggan bangsal. sebagaimana terkenalnya pendidikan agama dalam masyarakat Melayu melalui institusi pondok. Dalam masyarakat Melayu tradisi dua institusi tersebut amat beasr sumbangannya dari aspek pembinaan jasmani dan rohani atau pembentukan ilmu dan kehidupan dunia dan akhirat. Gabungan institusi gelanggang bangsal dan pondok telah membentuk masyarakat Melayu tradisi yang serba kekurangan dapat mempertahankan nilai diri, budaya dan agamanya dari pengaruh penjajah yang silih berganti. Pendidikan cara hidup pendekar silat yang seimbang dari aspek ilmu, amal dan kemahiran silat dapat membentuk kesempurnaan hidup atau insan.
Pendidikan silat terus manghadapi transformasi pada peranan dan makna sosio budaya Melayu sesuai dengan masa dan keperluan masyarakatmya. Pendidikan silat menumpukan kepada pembangunan manusia dari luaran dan dalaman yang dapat membentuk masyarakat bersisiplin, berakhlak, kendiri, ikhsan, patriotisme, satria, jati diri dan kewarganegaraan yang boleh menyumbang kepada pembangunan pemikiran dan tenaga bangsa, agama dan negara.
Sejarah silat terpinggir dari istana, silat tidak lagi berkembang dalam isntitusi pertahanan negara sebagai mana asalnya, selama lebih kurang 460 tahun (T.M 1511 -1957). Silat kembali ke pangkuan masyarakat desa dan menumpukan pendidikan insan dan kemahiran mempertahankan diri tanpa senjata atau menggunakan tulang empat kerat untuk menghadapi lawan tanpa senjata atau bersenjata. Silat hanya meneruskan latihan kemahiran menggunakan senjata senjata tradisi seperti keris, pedang, golok, kerambit, lading, kelawang, tongkat dan sebagainya. bagi silat, snejata adalah alat yang boleh disesuaikan dengan keadaan dan keperluan. Ramai anak muda yang pandai bersilat menyertai pasukan polis dan askar Melayu. Disana mereka masih dapat berbakti kepada negara, Di mana sahaja mereka berada, ilmu silat dijadikan ilmu dalaman yang dapat membantu mereka menjadi pegawai dan pekerja yang baik serta produktif.

Apa yang penting kepada silat ialah siapa yang berada di belakang senjata atau memegang tugas. maka pendidikan sifat mengajar secara langsung atau tidak langsung memiliki pelbagai ilmu lain seperti ilmu firasat, pertolongan cemas, petua, adat sosial, psikologi, pemakanan, politik, sains, sejarah, agama, budaya, kenegaraan, kerohanian dan sebagainya atau ringkasnya ilmu dunia dan akhirat. Tujuan untuk melahirkan insan yang seimbang. Dengan sebab itu, penuntut silat diamanahkan untuk menjaga ilmu jangan sampai ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab, hendaklah mengamalkan ilmu dengan yakin dan menggunakan atau meletakkan ilmu di tempat yang betul
betapa indahnya budaya bangsa kita..kalau dipraktikkan dengan betulnya...disalurkan kepada generasi ke generasi...tapi aku nasihatkan kepada semua kaum hawa...jangan hanya pentingkan kecantikan fizikal..tapi untuk bela diri sendiri korang gagal..tak ramai kaum hawa sekarang minat untuk perkara seperti ini kerana ramai yang pentingkan kecantikan sahaja...memang perlu..tapi adakah kemahiran beladiri sendiri tidak perlu?..sampai bila korang hanya mampu terpekik terlolong?...siapa yang rugi?....
ReplyDeleteaku juga ambil kesempatan untuk memanjatkan doa kepada Arwah Abg Karnain yang juga idolaku sewaktu kecil...betapa kagumnya aku melihat Arwah Abg Karnain & Abg Jebat @ Abd Ghafur Abd Majid lama dulu bermain seni parang sampai kena tetak di pinggang baru nak benti...Alfatihah...semoga Arwah sentiasa ditempatkan bersama golongan yang terpelihara...amin..
ReplyDelete